Tuesday 1 January 2013

berperang dengan perasaan

    ye sekarang ni macam2 rasa pulak duk rasa .. apa lagi lah yang aku bimbang pun aku sendiri tak pasti
sepertinya ada sesuatu yang betul2 menghantui benak fikiran aku 
sedihkah .. gembirakah..
kegundah gulanaan kah 
aku sendiri buntu memikirkannya
kadangkala rasa berdebar 
seakan akan mahu 
berhenti detak jantung ini 
mungkin terserlah ke"poyo" an disini tatkala 
aku sekali lagi cuba berbahasa ala2 buku rujukan sastera
melayu ..


ahh persetankan itu semua ..
semakin hari aku semakin menginjak ke satu fasa hidup
yang kadangkala aku sendiri tidak pasti 
untuk melaluinya..
mungkin aku takut untuk berdepan dengan realiti dunia 
yakni aku semakin bisa berdiri sendiri
aku cuba melarikan diri dari masalah hidup
yang semua manusia alami 
ternyata gagal !!
semakin aku bersembunyi 
masalah semakin hampir denganku
seolah olah aku mengundang 
keberadaannya ..


kalau dahulu aku sentiasa dikelilingi
derai tawa
tangis esak 
mereka yang benar2 sentiasa disisiku 
itulah sahabat 
kini aku seakan sendirian 
mereka semakin jauh 
membawa haluan hidup sendiri 
meskipun berlanggar bahu
dijalanan aku tidak pasti
kita akan saling memandang
apatah lagi menegur
dan bersikap seperti biasa


mengapakah itu bisa terjadi ..
semakin lama aku bertapak
di bumi tuhan ini 
aku semakin kenal dengan gelagat manusia
aku mulai berfikir tentang gelagat mereka
aku mulai mempertikai tingkah laku mereka
aku mulai bosan dengan keangkuhan mereka
inilah realiti manusia ..
yang pantas berubah walaupun
dengan sekelip mata ..


entah mengapa kini kasih
ku rasa berbeza 
dirimu seakan berubah
dengan sekelip mata 
...
kemana kau menghilang
canda dan senyum mu kekasih
sungguh tak mengerti 
tidakkah kau sedari 
keikhlasan ini 
setia disisimu
...
katakanlah 
kekasih jangan kau
pendam lagi 
ceritakanlah segala
resahmu kepadaku
yakinkanlah hatimu
diriku mencintaimu 
...
bukan untuk sesaat
bukan untuk seketika
tapi untuk selamanya
...


jari jemari runcing aku sepertinya memberi isyarat 
untuk berehat ..
aku berharap tuhan memberikan 
aku kekuatan 
ketabahan 
untuk aku
terus mengembara di
bumi Nya ini 
semoga kita semua sentiasa dilindungi
dan dipermudahkan dengan 
segala urusan 

:)

assalamualaikum









4 comments:

  1. ^_^ sedih pak aq bile bace entry ne..
    lagu dy pun agak sedih..touche'

    ReplyDelete
  2. luahan rasa hati sahaja .. btw thanks sudi singgah :)

    ReplyDelete
  3. hehehe thanks again .. sudi2 lah singgah lagi ye

    ReplyDelete